Sedang banyak negara memperlihatkan ramai pasangan hidup bersekedudukan (hidup bersama bagai pasangan suami dan isteri di luar perkahwinan), Singapura boleh menarik nafas lega bahawa rakyatnya masih berpegang pada hidup berumah tangga berteraskan perkahwinan.
Berdasarkan perangkaan, 2022 menyaksikan jumlah perkahwinan pasangan warga Singapura paling tinggi dengan 24,767 perkahwinan warga berbanding 23,433 perkahwinan pada 2021. Malah trend pernikahan dikatakan meningkat dua tahun...





