Pengunjung ke Pulau Lazarus, yang menyediakan pemandangan tepi laut dan alam semula jadi indah, kini dapat menikmati kemudahan baru seperti kedai serbaneka, pusat sukan laut dan sembilan unit glamping di pulau itu. Semua kemudahan mesra alam itu bertujuan mengekalkan daya tarikan desa pulau itu, di samping menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengunjung, umum Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) dalam satu kenyataan...





