SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meningkatkan persediaan kelengkapan bantuan asas banjir untuk kira-kira 10,000 mangsa, iaitu kenaikan sekali ganda berbanding jumlah persiapan untuk bencana tersebut sebelum ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pertambahan bantuan itu berikutan berlaku peningkatan bilangan mangsa banjir berbanding jumlah bantuan yang disediakan ketika bencana itu berlaku pada 2021.





