NAPLES (Italy): Jude Bellingham meningkatkan statusnya sebagai pemain Real Madrid bertaraf bintang setelah menjaringkan gol, sekali gus membantu Real menewaskan juara Italy, Napoli, di Stadium Diego Armando Maradona dalam satu perlawanan Liga Juara-Juara Eropah pada Rabu.
Pemain tengah England itu membawa bola dari jarak 36 meter, menyerbu ke dalam pertahanan ketiga Napoli dan terus melalui garisan belakang sebelum melepaskan rembatan...





