Hubungan kukuh antara Singapura dan Asean serta negara besar lain merupakan hasil wawasan mantan Perdana Menteri Pengasas Singapura, mendiang Lee Kuan Yew, yang telah menekankan pentingnya hubungan pelbagai hala yang baik antara negara.
Meskipun persekitaran politik global hari ini telah banyak berubah dan semakin sukar untuk dikawal, Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, berkata rangka kerja hubungan pelbagai hala...





