Tidak lama sebelum beliau meninggal dunia dalam satu kejadian ngeri ditembak mati pada 1980, vokalis The Beatles, John Lennon, memberitahu majalah Newsweek, lagu yang paling digemarinya buat masa itu adalah Magic.
Magic, nyanyian penghibur veteran, Olivia Newton-John, merupakan karya seni dan runut bunyi filem Xanadu yang popular pada 1980-an. Ia diterbitkan John Farrar.





