PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai agar mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan ke atas kesihatan mereka dengan mengelak aktiviti luar di kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.
Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata pemakaian pelitup muka dan elak aktiviti fizikal di luar bangunan antara langkah boleh diambil bagi mengelak...





