Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sedang mengkaji cara untuk meningkatkan ciri keselamatan sijil halal melalui usaha pendigitalan yang akan memudahkan orang ramai mengesahkan ketulenan sijil halal pada masa hadapan.
Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang diajukan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) tentang sama ada akan terdapat sistem yang membolehkan orang ramai mengesahkan ketulenan sijil halal, Kementerian Pembangunan...





