Hampir 160 peminat muzik dan penunggang motosikal singgah ke R&W Bikerz Cornerz, sebuah kafe yang terletak di 285 Changi Road pada Ahad malam, demi memberi sokongan dan kata-kata galakan buat penyanyi Malaysia era 1980-an, Ibnor Riza, yang menghidap barah limfoma tahap empat.
Tempat makan yang diusahakan bersama pemuzik Singapura, Noresham Abdul Wahab, Norwati Jalal dan Noor Azman Marwi itu, telah...





