KUALA LUMPUR: Warga asing yang melakukan kesalahan trafik di Malaysia tidak terlepas daripada menjadi buruan polis menerusi Ops Saman Tertunggak Warga Asing yang dijalankan di seluruh negara, sejak minggu lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata operasi itu memfokuskan kepada warga asing yang terbabit kesalahan trafik dan gagal membayar saman.





