Lima warga Singapura berusia antara 17 dengan 21 tahun, termasuk tiga remaja, ditahan pada Rabu kerana didakwa terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah yang dijalankan menerusi aplikasi mesej Telegram.
Biro Narkotik Pusat (CNB), yang menjalankan operasi di pelbagai lokasi, merampas senjata, sejumlah kira-kira 204 gram Ice, 143 gram ganja, 12 pil Ecstasy, 12 gram ketamin, sebotol cecair dipercayai dadah terkawal, wang...





