Keluarga berpendapatan sederhana dengan dua anak kecil yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) empat bilik dan mempunyai pendapatan isi rumah bulanan sekitar $8,000 boleh menerima sokongan berjumlah sekitar $3,800.
Sokongan itu, yang termasuk bayaran tunai khas sebanyak $1,400 dan baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai $500, adalah sebahagian daripada Pakej Jaminan (AP) yang dihulurkan dari April 2023...





