Sepasang ibu dan anak warga Singapura ditahan di lapangan terbang Manila, Filipina, pada Khamis setelah mereka ditangkap kerana didakwa membawa masuk dadah yang disyaki kokain seberat 14.36 kilogram bernilai 76.1 juta peso ($1.83 juta).
Kedua-dua suspek dikenal pasti sebagai Siti Aishah Awang, 63 tahun, seorang pelayan restoran; dan Nur Alavuyah Hanaffe, 39 tahun, yang bekerja sebagai jurusolek, lapor Agensi Penguatkuasaan...





