Dua bank tempatan, UOB dan DBS Bank, telah mengumumkan usaha kawalan lebih besar yang bertujuan melindungi pelanggan daripada penipuan melalui perisian hasad atau ‘malware’, menyusuli daya usaha OCBC Bank.
UOB akan melaksanakan dua ciri keselamatan baharu secara berperingkat di aplikasi bank UOB TMRW mulai Rabu, kata ketua pematuhan kumpulan bank itu, Encik Daniel Ng pada Selasa, lapor The Straits Times.





