WENZHOU: Pencapaian penampilan sulung pasukan bola sepak wanita Singapura dalam Sukan Asia dicemari oleh kekalahan 0-7 di tangan Korea Utara dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C pada Ahad.
Walau demikian, skuad Singa wanita kendalian jurulatih Karim Bencherifa boleh berbangga dengan prestasi mereka menentang pasukan nombor 10 dunia itu di Stadium Pusat Sukan Wenzhou.





