Lebih 320 penduduk di kawasan Jalan Besar berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan mental dan menambah pengetahuan mengenai sumber maklumat dan bantuan kesihatan mental dalam masyarakat sebagai sebahagian daripada acara ‘Cinta Minda’ pada Ahad.
Acara anjuran M Kuasa Tiga (M3) itu merupakan sebahagian daripada siri program baru yang menumpukan terhadap usaha mewujudkan peluang pendidikan, aktiviti, serta dialog ke arah meningkatkan kesedaran masyarakat...





