Lebih 800 individu berkeperluan khas dijangka menikmati kemudahan baru serta bantuan lain, hasil sumbangan sebanyak $2.6 juta dari syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA).
Dana itu yang merupakan sebahagian daripada inisiatif menyokong orang keperluan khas, SIA Cares, akan diagihkan kepada Persekutuan Palsi Serebral Singapura (CPAS) dan Persatuan Cacat Anggota (SPD), dengan masing-masing menerima $1.3 juta.





