Sukan Asia terbesar dalam sejarah membuka tirainya hari ini di bandar Hangzhou, China, setelah setahun tertangguh dek pandemik Covid-19.
Lebih 12,000 atlet terbaik dari 45 negara serta wilayah Asia dan Timur Tengah akan bertarung dari 23 September hingga 8 Oktober untuk merebut pingat dalam 40 sukan – daripada olahraga, renang dan bola sepak kepada sepak takraw dan sukan elektronik (e-sukan).





