SHAH ALAM: Pelbagai langkah jangka pendek dan panjang sedang dalam perancangan untuk mengatasi kekurangan beras keluaran tempatan di pasaran, kata Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Ini termasuk mengadakan perbincangan dengan pengeluar dan pemborong beras, untuk menambah bekalan beras tempatan ke cawangan milik Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), katanya.





