Langkah menabung duit syiling 50 sen sejak tujuh tahun lalu akhirnya membuahkan hasil bagi seorang lelaki Malaysia yang berjaya membeli sebuah iPhone menggunakan duit tabung tersebut.
Video TikTok yang dimuat naik Encik Muhammad Hafiz Abdul Hamid, 30 tahun, pada 1 September menarik perhatian warganet dan menunjukkan beliau di rumahnya bersama botol air 19 liter yang dipenuhi duit syiling.





