Para peniaga harus mengamalkan pendigitalan dan inovasi dalam operasi perniagaan mereka untuk mempertingkatkan daya kecekapan dan produktiviti, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam.
Bercakap di Dewan Connect, sebuah sesi rangkaian perniagaan pada Rabu anjuran Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Cik Rahayu turut menyeru perniagaan supaya menyuntik amalan kemampanan bagi memastikan perniagaan mereka kekal berdaya...





