JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo menafikan dakwaan yang menjadi bahan perbualan secara meluas di media sosial bahawa seorang menteri berkelakuan ganas semasa pertikaian dasar dalam mesyuarat Kabinet.
Khabar angin tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu bahawa Menteri Pertahanan, Encik Prabowo Subianto, telah mencekik dan menampar Timbalan Menteri Pertanian, Encik Harvick Hasnul Qolbi, sebelum mesyuarat Kabinet terhad...





