Walaupun tambang pengangkutan awam akan naik sebanyak 7 peratus mulai 23 Disember ini, Majlis Pengangkutan Awam (PTC) dan pemerintah akan memberi sokongan kepada penumpang untuk membantu memastikan tambang dimampui.
Semasa sidang media pada Isnin, PTC mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan harga pas konsesi bulanan hibrid (bas dan MRT) sehingga 10 peratus. Pengurangan itu adalah bagi pelajar, warga emas dan anggota...





