Tiga individu dikerjakan ke hospital selepas satu kemalangan melibatkan teksi dan sebuah kereta di Moulmien Road, berhampiran Hospital Tan Tock Seng (TTSH) yang berlaku pada tengah hari Ahad.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia menerima panggilan berkenaan kejadian itu di persimpangan Mandalay Road dengan Moulmein Road pada 2 petang Ahad.





