Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) akan memperketat protokol siasatan dan mengkaji semula peraturan bagi pengendali prasekolah, kata Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling, di Parlimen pada Isnin.
Ecda akan bekerjasama dengan Institut Nasional Pembangunan Awal Kanak-Kanak (NIEC) dan penyedia latihan untuk mengukuhkan latihan tenaga pengajar supaya mereka lebih jelas tentang tugas dan kewajipan...





