DERNA (Libya): Dua empangan yang pecah dalam ribut taufan dan banjir besar sehingga mengorbankan beribu-ribu orang dikatakan telah bak retak mencari belah sejak 1998, kata seorang pegawai.
Pendakwa raya, Encik Al-Seddik Al-Sour, mengumumkan hasil penyiasatan terhadap keadaan yang membawa kepada keruntuhan kedua-dua empangan itu dan menyebabkan bencana banjir kilat yang melanda bandar itu.





