Sorakan ribuan penonton dan deruman enjin kereta lumba Formula Satu (F1) bergabung untuk meriuhkan kawasan Marina Bay pada Sabtu, apabila perlumbaan Grand Prix Singapura Singapore Airlines bermula secara rasmi.
Peminat merasakan sekilas keghairahan perlumbaan apabila pemandu menghadiri sesi latihan pada Jumaat, tetapi perlumbaan kelayakan pada Sabtu adalah sesi yang benar-benar diambil kira.





