Sebagai insan biasa dengan perbezaan pendapat, pastinya ada tempoh di mana anggota kumpulan muzik Indonesia, Ungu, mempunyai perselisihan faham dan percanggahan pandangan. Bagaimanapun, ini dianggap lumrah apabila bergerak sebagai sebuah band yang ingin memajukan muzik Indonesia ke skala lebih tinggi.
Sungguhpun begitu, menyedari bahawa lagu-lagu yang dihasilkan sepanjang lebih dua dekad berupaya menjadi penawar yang membuatkan pendengar bangkit bersemangat untuk...





