HAVANA (Cuba): Sidang Puncak Ketua Negara dan Kerajaan Kumpulan 77 dan China (G77+China) yang mewakili kumpulan negara sedang membangun dan 80 peratus penduduk dunia berkumpul pada Jumaat di Cuba dalam usaha mempromosikan “aturan dunia ekonomi baru” di tengah-tengah amaran tentang polarisasi yang kian meningkat.
Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, yang tiba di pulau tersebut pada Khamis, akan...





