Lebih banyak isi rumah kini mengitar semula, menurut satu tinjauan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), yang mendapati 72 peratus isi rumah mengitar semula pada 2023, meningkat daripada 64 peratus pada 2021.
Tinjauan terhadap 2,180 responden, yang dijalankan dari April hingga Jun 2023, juga mendapati lebih ramai responden mengetahui mengenai barang-barang yang boleh dimasukkan ke dalam tong kitar semula dan pelongsor kitar...





