KUALA LUMPUR: Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang, ditegur kerana mengatakan di dalam Islam tidak ada hukum pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) daripada pertuduhan.
Bekas pemimpin PAS yang kini menganggotai Majlis Ulama Umno, Encik Khairuddin Aman Razali, berkata dakwaan Tan Sri Abdul Hadi itu bertentangan dengan prinsip keadilan Islam.





