Dalam usaha membawa pengalaman berada dalam perpustakaan melangkau premisnya, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) bekerjasama dengan SMRT untuk melancarkan inisiatif baru yang dipanggil Nodes.
Nodes dilancarkan oleh Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng, di hab pengangkutan bersepadu (ITH) Woodlands dan stesen MRT Woodlands Laluan Utara-Selatan (NSL) pada Selasa.





