Lebih banyak syarikat insurans di Singapura menawarkan pelan perlindungan bagi kenderaan elektrik (EV) tetapi polisi khusus yang memberi perlindungan terhadap risiko pengecasan masih jarang ditawarkan.
Pemeriksaan oleh The Business Times (BT) mendapati bahawa daripada 15 syarikat insurans kereta di Singapura, sembilan menawarkan insurans kereta untuk EV tetapi hanya satu, Singlife, menawarkan perlindungan tambahan untuk risiko khusus berkenaan EV.





