PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hampir ke penghujung siasatan kes kecurian unsur nadir bumi (REE) di Hutan Simpang Bukit Enggang, Sik, Kedah.
Susulan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya dijangka memanggil Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, dalam tempoh dua minggu lagi untuk dirakam keterangan.





