Perjalanan pengunjung ke Pantai Pasir Ris bakal dipermudahkan dengan laluan berjalan kaki dan berbasikal yang lebih lancar apabila ‘Central Greenway’ selesai dibina.
Laluan sepanjang satu kilometer itu menggabungkan pusat bandar Pasir Ris dengan Taman dan Pantai Pasir Ris dan merupakan sebahagian daripada rancangan pembaharuan di bawah program Membentuk Semula Estet (ROH) yang sedang dibangunkan secara bertahap.





