NEW DELHI: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menggesa pemimpin negara Kumpulan 20 (G20) agar meneruskan usaha memperbaharui institusi pelbagai hala bagi menangani cabaran pembangunan dunia.
Sambil menyatakan bahawa Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) kekal sebagai penjamin terbaik bagi pertumbuhan bersama dan rantaian bekalan yang berkesan dan berdaya tahan, Encik Lee menambah peraturannya perlu seiring dengan transformasi digital dan kekal relevan...





