JAKARTA: Kebakaran yang melanda hutan di Sumatera dan Kalimantan semasa fenomena iklim El Nino yang berpanjangan pada 2023 telah menyelubungi bandar-bandar utama di wilayah Indonesia itu dengan jerebu, menimbulkan kebimbangan asap tersebut boleh merentasi sempadan antarabangsa.
Di Kalimantan Selatan, keadaan bertambah buruk sehingga jerebu tebal menyelubungi Lapangan Terbang Antarabangsa Syamsudin Noor di bandar Banjarmasin, dan sekurang-kurangnya enam penerbangan yang dijadual...





