Syarikat penerbitan naskhah kesinambungan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan berdepan kontroversi apabila pengarahnya, Areel Abu Bakar, mendakwa khidmatnya tidak lagi diperlukan untuk menyelesaikan baki 10 peratus filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd itu.
Areel berkata keputusan mengejutkan itu dibuat syarikat penerbitan terbabit dalam satu pertemuan tertutup pada April lalu selepas filem berjudul Pendekar Awang itu berjaya disiapkan sebanyak 90 peratus.





