KHARTOUM: Sekurang-kurangnya 32 orang awam telah terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam serangan artileri oleh tentera Sudan, antara jumlah korban tertinggi dalam satu pertempuran, sejak perang meletus pada April, kata kumpulan aktivis Peguam Kecemasan.
Serangan pada Selasa itu berlaku di kawasan kejiranan Ombada di barat Omdurman, menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu. Beberapa serangan ganas berlaku di kawasan kejiranan itu...





