MUAR: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yakin badai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang terhenti di Melaka akan bertiup kembali ke arah Muar, Johor, melalui pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dan Parlimen Pulai.
Pesuruhjaya PAS Johor, Encik Abdullah Husin, berkata badai itu sudah menunjukkan petanda selepas pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada Ogos lalu...





