Satu-satunya sekolah pengekodan percuma di Singapura mendapat sambutan memberangsangkan apabila 3,000 pemohon bersaing untuk mendapatkan tempat dalam kumpulan pelajar pertamanya.
Selepas proses pemilihan yang ketat, kohort sulung seramai 190 pelajar akan memulakan persekolahan minggu ini di 42 Singapore (42SG), yang ditawarkan oleh Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD).





