Sony memperkenalkan telefon bijak kelas atasan, Xperia 5 V, yang dilengkapi sensor kamera terbaru ‘Exmor T untuk mudah alih’.
Sensor itu menawarkan fokus dan rakaman sempurna yang dapat menangkap ekspresi manusia dengan lebih jelas serta tekstur kulit lebih realistik. Ia membolehkan pelbagai jenis rakaman, seperti foto potret dengan menghasilkan kesan bokeh (gambar kabur di bahagian belakang) menerusi teknologi kecerdasan buatan...





