Satu pasukan pelajar anak tempatan dari Madrasah Alsagoff Al-Arabiah dinamakan juara dunia satu pertandingan bahas dalam bahasa Arab di Qatar pada Isnin.
Pasukan dibentuk empat anggota itu meraih kedudukan pertama, mendahului Indonesia dalam kategori asing, di Kejohanan Debat Sekolah Antarabangsa Qatar 2023, yang disertai sebanyak 40 pasukan dari 40 negara.





