Bakal Presiden, Encik Tharman Shanmugaratnam, meluangkan pagi Sabtu, beberapa jam selepas memenangi Pilihan Raya Presiden, dengan mengunjungi empat lokasi serata Singapura untuk menemui penduduk dan mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana mengundinya.
Mantan menteri kanan itu, yang ditemani isterinya, Cik Jane Ittogi, telah ke kawasan Jurong, Marsiling, Tampines dan Toa Payoh, dan disambut dengan penuh meriah dan teriakan “huat ah”...





