Buat kali pertama dalam pilihan raya di Singapura, beberapa penghuni yang terlantar di rumah penjagaan yang terpilih berpeluang mengundi melalui percubaan pusat mengundi bergerak yang membawa pengundian ke sisi katil.
Ia adalah sebahagian daripada percubaan yang melibatkan penubuhan pusat mengundi di 31 rumah penjagaan di sini, salah satu ciri utama Pilihan Raya Presiden 2023, yang sedang diadakan untuk memilih Presiden...





