Sijil halal yang dikeluarkan kepada syarikat pembekal ayam, Hup Heng Poultry telah digantung buat tempoh kira-kira tiga bulan mulai 30 Ogos hingga 30 November.
Ini disahkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) setelah Berita Harian (BH) melihat satu dokumen yang telah dikeluarkan kepada pemegang sijil halal.





