PUTRAJAYA: Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada China berkaitan tuntutan Beijing mengenai Laut China Selatan yang digariskan dalam Peta Standard China Edisi 2023, yang turut meliputi kawasan maritim Malaysia.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata nota bantahan itu adalah tindakan lanjut yang akan dibuat, sambil menegaskan bahawa perkara itu menjadi amalan Malaysia dalam sebarang pertikaian.





