PUTRAJAYA: Rakaman suara 30 minit dalam komponen ‘memory puck’ pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor, pada 17 Ogos lalu, berjaya diekstrak di makmal di Florida, Amerika Syarikat pada Isnin.
Mengumumkan demikian, Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke, berkata hasil daripada ekstrak itu, Biro Keselamatan Kemalangan Udara (BSKU) berhasil mendapatkan rakaman suara yang jelas serta...





