Golongan asatizah di Singapura bersikap fleksibel dan bukan satu golongan yang terikat pada satu cara serta tidak mengikut zaman atau keadaan.
Disebabkan itu masyarakat Melayu/Islam di Singapura masih boleh hidup dalam suasana yang mencabar dan berubah-ubah, dengan perubahan yang kadangkala datang mendadak, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, di sesi dialog dengan asatizah anjuran...





