Tangani isu yang menjadi keprihatinan sebelum ia sukar dikawal dan menjadi masalah besar. Itulah pendekatan yang kelihatan diambil pemerintah dalam memandu Singapura mengharungi pelbagai cabaran.
Keprihatinan berhubung pekerjaan, perumahan, kos kehidupan dan perkara yang berkaitan dengan masyarakat yang semakin menua memang perlu diberi perhatian segera. Isu setempat itu perlu ditangani sedang Singapura dan anggota masyarakat global dibayangi perkembangan pelbagai perkembangan...





